Lignin, Rumput Gandum, Sekam Benih Silium dan Serbuk gandum
Kesemua bahan di atas merupakan serat. Lignin yang diekstrak daripada batang pokok kelapa sawit adalah sejenis serat tidak larut air yang boleh memerangkap kolestrol, garam hempedu, lemak karbohidrat dan bahan toksin. Kajian membuktikan bahawa gandum membantu menurukan berat badan dan menahan kelaparan.
Oligosakarida
Bahan ini bermanfaat dalam pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Rangsangan pertumbuhan bakteria baik ini memberi kesan fisiologikal seperti melindungi reputan gigi, mengurangkan keletihan, meningkatkan peristalsis usus, mencegah sembelit, mempertingkatkan keimunan dan keracunan makanan.
Spirulina
spirulina kaya dengan pelbagai zat yang membolehkannya untuk membersihkan darah serta membuang toksin dalam badan. Spirulina juga membantu dalam meningkatkan kadar metabolisme badan; jadi dapatlah membantu mereka yang ingin mengawal berat badan. Fungsi lain ialah seperti meningkatkan kolestrol baik dan menurunkan kolestrol jahat.
Klorofil Alfafa
Tumbuhan ini kaya dengan protein, kalsium, mineral, vitamin B, vitamin C, vitamin E dan vitamin K dan telah digunakan dalam dunia perubatan herba lebih 1500 tahun. Khasiatnya memang superb hingga tumbuhan ini digelar sebagai “bapa segala makanan”. Carilah di Internet, memang banyak artikel tentang alfalfa. Selain untuk merawat penyakit2 dan mengatasi masalah penghadaman, yang paling menarik ialah alfalfa ini dikatakan mujarab untuk awet muda. Dikatakan juga alfalfa boleh menambahkan air susu ibu, merawat keputihan dan juga membantu dalam hubungan suami isteri serta mengatasi masalah nafas dan badan berbau.
Serbuk Epal
'An Apple A Day Keeps The Doctor Away! ' Buah epal kaya dengan pektin epal yang merupakan sejenis serat larut air dan membentuk bahan seperti gel. Pektin epal kaya dengan serat dan asid organik yang merangsang pergerakan usus, menambhakan isipadu najis dan menjadikannya lebih lembut dan senang dibuang.
Aloevera

Komponen lain dalam Green Fit ialah aloe vera. Keberkesanan aloe vera terutamanya untuk kecantikan kulit dan rambut memanglah cukup popular malahan Cleopatra, ratu Mesir terkenal itu juga dikatakan menggunakan aloe vera untuk kecantikan kulit dan rambutnya. Aloe vera dikatakan mampu merangsang penghasilan kolagen yang baik untuk mengekalkan kemudaan pada kulit. Sebenarnya bukan setakat itu sahaja kebaikan aloe vera. Tumbuhan ini juga dikatakan dapat membersihkan bahagian perut dan saluran pencernaan bagi mengelakkan beberapa penyakit seperti gastrik dan ulser. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang merupakan punca kepada masalah sukar menghadamkan makanan.
"Jangan tunggu sampai usus anda berkarat..dapatkan pek greenfit segera" -- Klik2
No comments:
Post a Comment